Satu Pengenalan

Pengenalan Praktikum

Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara IPG, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:

  1. Menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran;
  2. Mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran;
  3. Merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu dengan  bimbingan;
  4. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran;
  5. Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan;
  6. Memperkembang potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan  portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas;
  7. Mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran;
  8. Menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan
  9. Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

 

 

Pengenalan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah satu bentuk latihan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar DPLI dan PISMP tentang alam persekolahan dan peranan guru. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah, pelajar dapat :-

  1. Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;
  2. Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;
  3. Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;
  4. Mengenalpasti ciri-ciri amalan bilik darjah yang berkesan melalui pemerhatian berstruktur;
  5. membina kemahiran mengumpul maklumat tentang proses pengajaran dan pembelajaran di bilik  darjah;
  6. Mengaitkan teori dengan amalan pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian
  7. Mengenalpasti cara-cara memantau dan menaksir kemajuan pembelajaran murid.
  8. Mengenalpasti sumber yang  berkaitan dengan konteks pengajaran dan pembelajaran;
  9. Menjelaskan peranan guru terhadap murid dari aspek bimbingan dan kebajikan;
  10. Menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik;
  11. Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

 

 

Pengenalan Internship

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor.Internship juga memberi peluang kepada  pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.

Melalui program Internship, pelajar akan dapat:

  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah.
  2. Merancang, melaksana  projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah.
  3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke  arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
  4. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.
  5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
  6. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi.
  7. Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru.
  8. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.
  9. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran, projek/aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.
  10. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.
Last modified: Wednesday, 21 March 2018, 7:44 AM