Falsafah dan SGM


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."




"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."



"Standard Guru Malaysia (SGM) adalah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh egensi dan institusi latihan perguruan(Keperluan).

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut;

  • Misi Nasional
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Falsafah Pendidikan Guru
  • Tatasusila Profesion Keguruan
  • Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Last modified: Sunday, 28 June 2015, 12:32 PM